Monday, April 18, 2011

HARI ISNIN~




hari isnin di minggu study week.kebanyakan student akan pulang ke kampung masing-masing untuk meminta restu dan berkat dari ibu bapa.sememangnya waktu2 seperti ini kampus akan menjadi sunyi dan semakin sunyi.aku?masih menjadi penghuni setia AKASIA puncak alam.bukannya aku tidak mahu pulang ke kampung.sememangnya hati ini memberontak untuk pulang ke kampung.berjumpa dengan keluargaku yang sudah hampir tiga bulan tidak kutemui.hati ini ingin sekali melihat wajah comel anak saudaraku yang baru sahaja menampakkan dirinya di muka bumi ini.tapi apakan daya.terlalu banyak halangan yang menimpa diriku sehingga aku membuat keputusan untuk terus menghabiskan minggu study week aku di puncak.kekangan pengangkutan menjadi penghalang utama.betapa susahnya untuk mendapatkan sebuah bus untuk aku pegi ke KLANG SENTRAL.mahu sahaja aku mengambil teksi.namun bila ku pikirkan semula kosnya, aku akur.kini aku keseorangan di bilik sewaku.roomate ku sudah pulang ke rumahnya.aku buntu.tiada apa yang boleh aku lakukan.menonton televisyen??oh sungguh bosan..ONLINE?em sememangnya aku sedang online.STUDY? ya sepatutnya aku mengulangkaji pelajaran.final paper semakin hampir.berbaki satu minggu sahaja.tapi entah kenapa aku berasa sangat malas mahu membuka buku.hati ini memberontak mahu ketemu si dia.SI DIA?ermm aku harus melupakan sahaja permintaan hatiku ini.tidak mungkin aku berjumpa dengan dia dalam masa terdekat ini.dia sangat serius dalam pelajaran. manakan ada masa walau sedikit untuk aku. itu yang aku pasti. namun aku harus terus sabar menanti.aku tidak berhak untuk memaksa si dia agar memperuntukkan masa untuk aku.kerna aku percaya kejayaan dia kelak akan meberi seribu kebahagiaan kepada aku.

P/S:..BERSAMBUNG...............

No comments:

Post a Comment