Saturday, May 12, 2012

makan-makan @ meranti grill,UITM Shah Alam

assalamualaikum dan salam sejahtera readers...arini mood nak sajikan korang dengan entry bergambar je la ok..heheh..kita malas sangat nak menaip sekarang ni...rasa nak minta tolong NISA SUKA MENAIP je tolong taipkn tuk kita..heheheh....

pape pun, korang tengok je la gmbar2 ni ok..:P

owh ya..lupa nak gtau..ni aku makan kat hotel uitm..dak2 fakulti hotrel jugak yg serve kiteorg..sebab serving ni one of diorg punya subject tuk sem ni...aku pun pernah amik jugak ni dulu..tp tu zaman muka pakai tudung srabai pun wa talak kisah punya.hahah:D

kita start dengan appetizer dulu..ni THAT BEEF SALAD..sumpah sedap gila2.rasa nak tmbh byk2.tp sayang,tak boleh.:D


sambung plak dengan CAULIFLOWER SOUP...ni pun sedap..makan ngn softroll yg super lembut tu..huh..mantop!

ni GRILLED CHICKEN THIGH...gmbr cam x nyummy sgt kan..tp rasa perghh..sedap2..cuma dia punya sauce aku kureng sikit..sebab ni mushroom sauce..kalo blackpepper mest ag best kan..:P
diakhir dengan DESSERT..heheh..apa ntah nama dia x igt..apple struddle kot..eh betul ke eja dia..hahahl antak la...yg penting dia ala2 pie apple yg jual kat mcD tu..tp i bet dis one lagi bes la...hahahh..


owh ni geng2 saya yg join sekali dinner tu...yg agak berusia tu dato K, skandal saya..ops bukan2...lecturer kiteorg la...


saya dan dato'K..gmbr mmg sengaja diblurkan.haha

tea secawan!haha


farahin..menyempat posing.haha

kak sha..pandai ke guna pisau tu?.?hahahaha



saya..ehheh..pun menyempat kan nk posing bagai.


kenyang sudah..blurrrrpppppp!!!!!ALHAMDULILLAH..:)

Forever alone camni la gambar dia.hahah


owh sudah gemuk...malam tu naik sampai 10kg..hahah..ok tipu.kbai!


inilah jawapan yang selama ini aku cari "Mengapa Lelaki Pergi Setelah Anda Meluah Perasaan?"

Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.


Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.
Tetapi..
Bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah ONLY ONE..
Maka, sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.
Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.
Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?
1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional
Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”.  Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).
Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.
Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.
2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!
Betul – ada kemungkinan!
Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.
Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.
Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.
Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.
Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.
Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.
Tragedi Bermula!
Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.
Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.



credit this info to: pakarcinta.com


Thursday, May 10, 2012

Sesi Menconteng Muka Ousmate~

assalamualaikum semua...rasa cam da lama sangat x update blog usang ni kan..haha..sebenarnya saya sangat2 buzy sekarang ni..buzy dengan apa?buzy dengan menonton youtube.,hahah..sampai nak update blog pun x menyempat kan..

saya ni da kira cam addicted gila dengan youtube..hahaha..lucu kan??sebenarnye bukan addicted apa pun..saya suka sangat2 belajar mekap dari make-up gurus kat youtube ni..syok tau..rasa cam expert gila2 je dorang ni men conteng2 muka sendiri..hehehe

so semalam disebabkan saya bosan tak tahu nak wat ape..nak wat asgment memang sangat la malas...heheh..ok saya tau memang saya pelajar yang x boleh dicontohi..hehehe..so, saya decide nak main conteng2 muka orang..nak cuba praktik kan apa yg saya belajar dari youtube selama ni..hehhe

saya dah pun menconteng muka ousemate saya..haha..kesian dia kene jadi talent saya..hahaah..talent la sangat kan..so, korang tengok la hasil dia ni..kih3..jangan kutuk lebih2 tau..sebab saya bukan make up artis aka mak andam..hehhee....

these are some pictures taken by my ousemate, AINUN..hehee...(just tuk suka2 k..eheh)





MAKEUP-me
PHOTOG-ainun
TALENT-sha
SPONSOR-pain,pol,cela..:))