Wednesday, August 1, 2012

P.E.L.I.K


rasa macam da terlalu lama aku membiarkan catatan harianku ini tanpa sebarang isi kan.
terlalu banyak untuk diperkatakan,tapi ntah kenapa,tiada satu pun yang aku mampu catat di ruangan ni..
mungkin kerana kekangan masa..atau mungkin kerana terlalu banyak hal-hal lain yang memaksa aku untuk
terus membiarkan catatan ini kosong..sperti ruangan yang tidak berpenghuni..

                  .......................

dah kenapa aku ni tiba2 buat ayat sastera plak..aduiiiiiiiii~~~

sebenarnya aku macam nampak ada perubahan dalam sisi hidup aku..aku pelik..
kalo dulu aku sering saja meluahkan segala kekusutan hati aku dalam buku harian aku ni..
tapi skang da tak lagi..kalo aku tengah ada masalah, aku da x cari blog ni..
aku hairan..kalo dulu ini lah satu-satunya tempat aku meluahkan segala ketidakpuasan hati aku..
segala kegusaran hati aku...

kalo skarang..aku lebih suka menyendiri..aku tidak terus meluahkan sume di sini..
mungkinkah kerana aku ada seseorang untuk aku luahkan segala masalahkan aku..seseorang
untuk mendengar masalah aku??tapi siapa dia...sekali lagi aku pelik..

adakah aku semakin matang??dan adakah aku selama ni keanak-anakan yang selalu saja meluahkan
isi hati aku di blog ini??atau aku yang sekarang ini adalah kebudak-budakan??erm perlu
ke aku pelik dengan diri sendiri??

mungkin sudah lumrah manusia..sering berubah mengikut peredaran masa...tapi siapakah aku??
adakah aku ingin menjadi belon atau menjadi sebuah alat teknologi..kalo aku menjadi belon..
semakin aku membiarkan diri aku terus beredar mengikut kehendak masa, aku akan mengecil..
..atau menjadi sebuah alat teknologi..semakin masa berlalu,semakin besar nilal komersilku..

tapi pilihan tetap di tangan aku kan...aku yang menentukan hidup aku..nak jadi belon atau nak iphone..haha
tapi sebagai manusia yang waras, harusla aku memilih untuk terus menjadi baik..bukan menjadi lemah..

erm pelik kan..aku pelik dengan diri aku..pelik dengan apa yang karangkan sekarang ni..pelik macam
mana entry kali ni boleh terupdate,..hahah..P.E.L.I.K.........

No comments:

Post a Comment